Skip to main content

China Hero Project merupakan initiatif Playstation membantu pembangun-pembangun permainan di Cina. Antara permainan yang dibangunkan di bawah initiatif tersebut adalah Kill-X dan juga Lost Soul Aside yang dilaporkan oleh kami sebelum ini.

Kini sejak mengumuman initiatif tersebut, Sony berkongsi sebilangan perkembangan baru buat permainan-permainan yang dibangunkan melalui video dokumentari khas.

Video dokumentari berdurasi 7 minit tersebut mempertontonkan kemaskini pembangun permainan buat Pervader VR, Kill-X, Animal Force, Code: Hardcore dan Lost Soul Aside.

Berdasarkan video tersebut, pembangun-pembangun permainan di atas berkongsi pelbagai sokongan yang mereka peroleh daripada Sony Interactive Entertainment berkenaan pembangunan permainan tersebut.

Namun, sebilangan permainan yang dikongsikan tidak lagi diumumkan tarikh pelancarannya. Seperti biasa, kami akan berkongsinya setelah diumumkan oleh mereka.

Leave a Reply