Informasi Permainan Video Terkini
Square-Enix Berkongsi Informasi Terbaru Berkenaan Kingdom Hearts 3 – Tarikh Pelancaran Akan Diumumkan Bulan Hadapan

Square-Enix Berkongsi Informasi Terbaru Berkenaan Kingdom Hearts 3 – Tarikh Pelancaran Akan Diumumkan Bulan Hadapan

Diterbitkan pada Mei 19, 2018 oleh .

Semalam, terdapat sebilangan ahli media berpeluang untuk mencuba permainan akan datang, Kingdom Hearts 3 melalui acara Kingdom Hearts III Premium Showcase oleh Square-Enix.

Melalui acara tersebut, sebilangan media berkongsi pelbagai informasi terbaru berkenaan permainan tersebut malah bentuk permainan baru bersama watak-watak Disney baru yang bakal tiba buat permainan tersebut.

Berikut adalah video daripada media 4GamerMovie  yang mana ia mempertontonkan B-Roll yang disediakan oleh Square-Enix buat permainan Kingdom Hearts 3. Ketika sesi percubaan oleh media tersebut, Square-Enix menyediakan dua peta kawasan untuk ahli media mencubanya, iaitu satu adalah peta kawasan Olympus daripada siri Disney Hercules dan satu lagi adalah Toybox daripada siri filem Pixar, Toy Story.

Namun begitu, video yang dipertontonkan di atas tidaklah menyertakan sesuatu yang baru melainkan watak Wreck It Ralph bakal tiba di dalam permainan ini sebagai pembantu ataupun “Summon” sahaja. Dari segi dunia dan musuh pula, di peta kawasan Toybox, tampaknya segala yang dipertontonkan ketika trailer Toy Story tahun lepas, akan berada di dalam permainan tersebut.

Media IGN juga berkongsi sebilangan bentuk permainan yang baru dimana kali ini, pemain diberi peluang untuk mengembara di kawasan yang lebih luas dan melakukan pelbagai lagak aksi seperti berlari di atas dinding dan mengembara di kawasan-kawasan kecil sebagai mainan di dalam dunia Toy Story.

Dari segi bentuk pertempuran pula, tampaknya Kingdom Hearts 3 kali ini bakal memfokuskan lebih kepada transformasi senjata Keyblade dimana Sora berupaya untuk menggunakannya untuk menukarkan kepada pelbagai jenis senjata seperti gerudi, Yo-Yo dan sebagainya mengikut jenis Keyblade yang digunakan oleh Sora. Dari segi transformasi tersebut juga, bentuk permainan menjadi seakan lebih pantas malah lebih sesak.

Selain itu, Square-Enix juga kali ini lebih memfokuskan senjata-senjata berdasarkan tarikan taman tema Disney World seperti Big Magic Mountain, Shooting Ride dan sebagainya. Bentuk pertempuran ini juga seakan memberi satu kepelbagaian dari segi bentuk pertempuran dan tampaknya ia berfungsi seakan kemahiran “Summon” oleh Sora sebelum ini buat siri permainan Kingdom Hearts yang lain.

Ketika acara tersebut, Tetsuya Nomura, pengarah permainan Kingdom Hearts 3 menyatakan bahawa mereka akan berkongsi tarikh pelancaran permainan tersebut pada awal bulan hadapan. Memandangkan acara E3 bakal tiba Jun ini bersama-sama dengan acara persidangan Square-Enix pada 12 Jun, mungkin Square-Enix akan berkongsinya ketika acara tersebut.

Kingdom Hearts 3 adalah permainan aksi pengembaraan seterusnya oleh Square-Enix yang mana ia merupakan permainan hasil kolaborasi antara Disney dan Square-Enix. Ia dirancang untuk dilancarkan tahun ini di Playstation 4 dan Xbox One.

 


TIPS & ULASAN