Informasi Permainan Video Terkini
Id Software Mengesahkan Rage 2 Tidak Akan Mempunyai Kotak Tikam
PC

Id Software Mengesahkan Rage 2 Tidak Akan Mempunyai Kotak Tikam

Diterbitkan pada Mei 18, 2018 oleh .

id Software baru-baru ini mengeluarkan trailer teknik permainan untuk Rage 2. Melalui trailer tersebut, diperlihatkan permainan ini berbentuk penembak pandang pertama dunia terbuka yang mana pemain berupaya untuk mengembara secara bebas, menembak apa sahaja dan meletupkan pelbagai benda.

Melalui temubual bersama Gamestar (diterjemah oleh VG 247), ketua id Software Tim Willits mengatakan yang Rage 2 akan mempunyai penambahan kandungan baru dari masa ke semasa dengan kata lain Rage 2 adalah permainan sebagai servis.

Akan tetapi tambah beliau permainan ini tidak akan mempunyai sistem kotak tikam sepertimana permainan sebagai servis yang lain. Menurut beliau perkara yang paling penting adalah pemain membeli permainan ini dan terus dapat bermain.

Buat masa ini tiada maklumat lanjut mengenai penambahan kandungan yang akan ditawarkan dan juga mengenai sama ada akan ditawarkan secara percuma ataupun berbayar.

Rage 2 akan dikeluarkan untuk Playstation 4, Xbox One dan PC pada tahun 2019.


TIPS & ULASAN