Skip to main content

Pada Oktober tahun lepas kami melaporkan yang Overwatch mencapai 35 juta jumlah pemain. 7 bulan kemudian, hari ini Pengarah Overwatch Jeff Kaplan melalui video developer update mengumumkan yang Overwatch telah mencapai 40 juta jumlah pemain.

Untuk permainan yang dikeluarkan 2 tahun dahulu, menambah jumlah pemain sebanyak 5 juta dalam masa 7 bulan boleh dikatakan satu pencapaian yang baik walaupun lebih perlahan berbanding pada awal permainan ini dikeluarkan.

Penambahan ini boleh dikatakan disebabkan Overwatch League yang sedang berlangsung sekarang. Secara langsung atau tidak perbualan mengenai kejohanan tersebut akan menarik minat untuk pemain lain mencuba Overwatch.

Jika anda antara yang masih tidak memiliki Overwatch ataupun tidak pernah mencuba, bermula 26 Mei sehingga 29 Mei anda boleh mencubanya secara percuma di Playstation 4, Xbox One ataupun PC.

Leave a Reply