Skip to main content

Humble Store bukan sahaja menganjurkan jualan promosi bersempena musim bunga, mereka juga menawarkan permainan percuma untuk permainan Galactic Civilizations II: Ultimate Edition untuk sementara waktu sahaja iaitu sehingga 19 Mei 2018.

Permainan ini merupakan koleksi penuh untuk Galactic Civilizations II yang mengandungi kandungan tambahan Dread Lords, Dark Avatar dan Twilight of the Arnor. Permainan ini merupakan strategi mengikut urutan di angkasa lepas. Dikeluarkan oleh Stardock Entertainment pada tahun 2006.

Walaupun anda akan mendapatkannya melalui Humble Store, untuk memuat turun permainan ini anda memerlukan akaun Steam. Dapatkan sebelum terlambat.

[download]Galactic Civilizations II: Ultimate Edition[/download]

Leave a Reply