Project CARS merupakan permainan simulasi perlumbaan kereta yang dibangunkan oleh Slightly Mad Studios dan diterbitkan oleh Bandai Namco. Siri pertama permainan ini dikeluarkan pada tahun 2015 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC dan Project CARS 2 dikeluarkan pada 2017.
Selepas kejayaan dua permainan ini ramai yang ternanti-nanti untuk siri seterusnya dikeluarkan. Melalui laporan terbaru oleh Destructoid, siri terbaru Project CARS akan hadir dalam bentuk permua iaitu Project CARS GO.
Permua ini akan dibangunkan oleh Gameevil iaitu pembangun popular mengeluarkan permua. Dikatakan Slightly Mad Studios akan turut terlibat tetapi kemungkinan besar sekadar pemerhati dan penasihat sahaja. Buat masa ini tiada maklumat lanjut dikongsi kan termasuk juga tarik dikeluarkan.
Walaupun projek terbaru untuk siri ini adalah permua, kami menjangkakan Project CARS 3 akan tetap hadir pada tahun 2019 mengikut sejarah pengeluaran sebelum ini.