Okami HD merupakan permainan ditambah-baikkan untuk permainan Okami yang dikeluarkan bagi Playstation 4, Xbox One dan PC dan pada 9 Mac lepas ketika Nintendo Direct, Okami HD diumumkan untuk Nintendo Switch.
Capcom juga kemudiannya berkongsi video teknik permainan untuk Okami HD yang memperlihatkan penggunaan skrin sentuh di Switch dan juga kawalan Gyro menggunakan JoyCon.
Minggu ini barulah Capcom mengumumkan yang tarikh Okami HD dikeluarkan untuk Switch adalah 9 Ogos 2018 melalui kuciran di akaun Twitter mereka. Berdasarkan kuciran itu juga dinyatakan pra-tempah dibuka tetapi kemudiannya diperbetulkan dan mereka mengatakan pra-tempah akan dibuka apabila tarikh pengeluaran makin hampir.
Experience the stunning legend of Okami on Nintendo Switch on August 9th!
🖌 eShop pre-orders are now live. pic.twitter.com/Zme3OATasF
— Okami (@OkamiOfficial) May 16, 2018