Informasi Permainan Video Terkini
F1 2018 Diumumkan Oleh Codemasters – Bakal Dilancarkan Pada 24 Ogos Ini
PC

F1 2018 Diumumkan Oleh Codemasters – Bakal Dilancarkan Pada 24 Ogos Ini

Diterbitkan pada Mei 17, 2018 oleh .

Codemasters hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan F1 2018, iaitu permainan rasmi buat FIA Formula One World Championship di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Menurut Codemasters, ia akan dilancarkan pada 24 Ogos 2018 ini, bersempena dengan Formula 1 2018 Belgian Grand Prix yang berlangsung pada hujung minggu tarikh tersebut.

Paul Jeal, iaitu pengarah francais F1 buat Codemasters menyatakan bahawa sangat berpuas hati dengan hasil sokongan yang diperoleh ketika pelancaran permainan F1 2017 dan mereka berasa gembira kerana dapat membina lebih banyak kandungan melalui permainan F1 2018. Beliau juga menyatakan bahawa mereka sering berinteraksi dengan peminat pemrainan tersebut dan menurut beliau, mod karier kali ini juga dikembangkan lagi buat mereka yang ingin menyelami lebih dalam dunia Formula One.

Buat masa sekarang, Codemasters masih belum berkongsi sebarang informasi tambahan malah sebarang paparan skrin buat permainan tersebut. Seperti biasa, kami akan berkongsinya apabila ia diumumkan kelak.