Informasi Permainan Video Terkini
Milestone Berkongsi Kandungan Yang Bakal Tiba Buat Permainan MotoGP18

Milestone Berkongsi Kandungan Yang Bakal Tiba Buat Permainan MotoGP18

Diterbitkan pada Mei 16, 2018 oleh .

Sebelum ini, Milestone berkongsi video khas bentuk permainan buat MotoGP18. Kini, Milestone akhirnya berkongsi kandungan-kandungan yang bakal tiba buat permainan perlumbaan motosikal tersebut bersama aspek teknikal.

Menurut Milestone, mereka akan menyertakan pelbagai kandungan buat permainan tersebut yang mana mereka akan memberi peluang kepada pemain untuk mengambil bahagian dalam perlumbaan motosikal di dalam dunia ini. Antara kandungan yang akan disertakan adalah:

  • Kesemua kandungan daripada musim MotoGP 2018
  • Kesemua pelumba motosikal daripada MotoGP, Moto2, Moto3 dan Red Bull MotoGP Rookies Cup
  • 19 litar rasmi termasuklah Buriram International Circuit dari Thailand

Selain itu, Milestone juga mengumumkan mod karier iaitu Road to MotoGP yang mana pemain bukan sahaja boleh membina motosikal mereka sendiri, malah meningkatkan reputasi sebagai pelumba motosikal.

MotoGP18 iaitu permainan perlumbaan yang memfokuskan motosikal GP akan dikeluarkan pada 7 Jun 2018 untuk Playstation 4Xbox One dan PC. Manakala versi Switch akan dilancarkan selepas itu.