Skip to main content

Pada Januari lepas, Blizzard telah melakukan beberapa perubahan keseimbangan untuk Hearthstone dan serba sedikit menukar cara permainan untuk permainan kad ini.

Minggu ini Blizzard mengumumkan mereka akan memperkenalkan beberapa lagi perubahan keseimbangan untuk bulan Mei 2018. Kad-kad yang diseimbangkan semula merupakan kad yang agak kerap digunakan, jadi boleh dikatakan ini akan serba-sedikit mengubah meta permainan.

Kad-kad yang diubah adalah sepert berikut;

  1. Naga Sea Witch – Kad yang menjadikan kesemua kad bernilai 5 ini dinaikkan mana yang diperlukan dari 5 kepada 8.
  2. Spiteful Summoner – Kad yang mengeluarkan watak yang mempunyai mana seperti kad sihir rambang di dalam dek ini dinaikkan kos mana dari 6 kepada 7.
  3. Dark Pact – Kad ini membunuh watak sendiri tetapi akan menyembuhkan nyawa. Kad ini diubah dari menyembuhkan nyawa sebanyak 8 kepada 4.
  4. Possessed Lackey – Kad ini apabila dimatikan akan memanggil Demon daripada dek. Kos kad ini dinaikkan daripada 5 kepada 6.
  5. Call to Arms – Kad ini akan mengeluarkan 3 watak yang mempunyai kos mana kurang pada 3. Kos kad ini dinaikkan dari 4 kepada 5.

Perubahan keseimbangan ini sudah semestinya akan memberikan kesan kepada jenis-jenis dek terutama Warlock yang menjadikan Dark Pact dan Possessed Lackey sebagai satu kad utama. Buat masa ini tidak dapat dijangkakan andai perubahan ini akan menjadikan permainan lebih seimbang ataupun tidak.

Tiada tarikh yang dinyatakan oleh Blizzard mengenai kemaskini ini tetapi semestinya akan berlaku selepas kejohanan HTC playoffs dihabiskan iaitu pada 19 Mei 2018.

Leave a Reply