Informasi Permainan Video Terkini
S.T.A.L.K.E.R. 2 Diumumkan – Bakal Tiba Pada Tahun 2021
PC

S.T.A.L.K.E.R. 2 Diumumkan – Bakal Tiba Pada Tahun 2021

Diterbitkan pada Mei 16, 2018 oleh .

GSC Game World hari ini melancarkan laman rasmi buat permainan S.T.A.L.K.E.R. 2 yang mana mereka memperacahkan bahawa permainan tersebut akan dilancarkan pada tahun 2021.

S.T.A.L.K.E.R. merupakan siri permainan penembak pandang pertama yang dibangunkan oleh GSC Game World. Permainan pertama buat siri permainain ini, S.T.A.L.K.E.R.: Shadow of Chernobyl dilancarkan pada 2007 lepas di PC. Ia mendapat sebilangan sekuel iaitu S.T.A.L.K.E.R.: Clear Sky dan S.T.A.L.K.E.R.: Call of Pripyat yang dilancarkan beberapa tahun lepas.

Kini, selepas beberapa kali ditunda dan dibatalkan, GSC Game World tampaknya akan mengembalikan siri S.T.A.L.K.E.R.. Namun, buat masa ini, GSC World masih belum berkongsi seberang pengumuman tambahan berkenaan permainan tersebut kecuali tahun pelancarannya, iaitu 2021 yang diperacahkan di laman rasmi permainan tersebut. Seperti biasa, kami akan berkongsi sebarang pengumuman berkenaan permainan tersebut setelah ia diumumkan.