Baru sahaja Stardew Valley di umum akan dikeluarkan untuk Vita yang memberi sedikit nafas baru tetapi mengikut laporan Kotaku yang disahkan oleh Sony sendiri mereka akan menghentikan pengeluaran permainan Vita secara fizikal pada tahun berakhir kewangan 2018 iaitu 31 Mac 2019.

Walaupun permainan secara digital akan terus dikeluarkan tetapi ini serba sedikit menunjukkan masa depan Vita makin kelam. Masalah utama mengenai pengumuman ini adalah harga untuk membeli storan tambahan bagi Vita adalah agak tinggi, tanpa pengeluaran permainan secara fizikal akan lebih menyukarkan pemain untuk mendapat sesuatu permainan.

Bagi pemilik Vita, apa pendapat anda mengenai perkembangan terbaru untuk konsol ini?

Sohor Kini