Skip to main content

Nintendo hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan demo Mario Tennis Aces pada 2 hingga 4 Jun ini khas buat konsol Nintendo Switch. Nintendo juga akan mengadakan kejohanan pra-pelancaran permainan tersebut melalui demo tersebut. Mario Tennis Aces merupakan permainan tenis Mario yang diumumkan ketika Nintendo Direct Januari lepas.

Melalui demo kejohanan ini, pemain berupaya untuk menyertai pra-pelancaran kejohanan buat permainan tersebut dan diberi peluang untuk berlatih. Nintendo juga akan menyertakan mod luar-talian dimana pemain berupaya untuk bermain secara berseorangan.

Untuk mengakses demo tersebut, anda boleh memuat-turunnya bermula 25 Mei ini melalui Nintendo eShop. Demo ini juga akan menyertakan empat watak yang boleh dimainkan iaitu Mario, Peach, Yoshi dan Bowser. Menariknya, Nintendo juga akan menyertakan watak tambahan lain yang pemain boleh nyah-kuncikan setelah pemain bertempur dengan pemain lain dan mengumpul markah berdasarkan prestasi pemain melalui kejohanan pra-pelancaran permainan tersebut.

Mario Tennis Aces merupakan permainan tenis buat siri permainan Mario yang mana ia bakal tiba secara esklusif buat Nintendo Switch. Permainan tersebut dirancang untuk dilancarkan pada 22 Jun ini.

Leave a Reply