Informasi Permainan Video Terkini
Zone Of The Enders: The 2nd Runner M∀RS Akan Dilancarkan Pada 4 September Ini
PC

Zone Of The Enders: The 2nd Runner M∀RS Akan Dilancarkan Pada 4 September Ini

Diterbitkan pada Mei 15, 2018 oleh .

Sebelum ini Konami berkongsi yang mana mereka permainan Zone Of The Enders: The 2nd Runner M∀RS akan dilancarkan pada bulan September, kini Konami akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran permainan tersebut iaitu pada 4 September ini buat konsol Playstation 4 dan PC.

Zone of the Enders: The 2nd Runner M∀RS adalah permainan aksi pengembaraan yang dipernambah-baikkan daripada permainan asalnya di konsol Playstation 2 pada 2003 lepas. Kini ia kembali dengan pelbagia pernaik-tarafan dari segi visual seperti sokongan resolusi 4k untuk Playstation 4 Pro dan sokongan realiti-maya melalui Playstation VR.

Selain daripada itu, Konami juga berkongsi sebilangan kandungan baru yang bakal tiba buat permainan tersebut seperti bentuk kawalan baru iaitu Pro Mode yang membenarkan pemain untuk memilih senjata sampingan dengan lebih pantas. Selain itu, Konami juga menyertakan tahap kesukaran yang lebih mudah bagi mereka yang ingin menikmati permainan sinematik permainan tersebut.

Menariknya, Konami juga akan menyertakan pelbagai kandungan khas realiti-maya dimana pemain berupaya untuk melihat 3D model dan berinteraksi dengan mecha Jehuty melalui mod realiti-maya. Setelah pemain habiskan permainan tersebut, pemain juga berupaya untuk menikmati kesemua adegan permainan tersebut secara bebas dengan realiti-maya melalui mod Cinematic Theater.

Menurut Konami, sebelum permainan tersebut dilancarkan, mereka akan mengeluarkan demo permainan tersebut yang mana ia memberi peluang pemain untuk mencuba visual 4k permainan tersebut bersama mod realiti-maya melalui Playstation Store. Bagi anda yang ingin melihat perbezaan visual grafik buat permainan tersebut, anda boleh ke pautan ini.

Bagi anda yang berminat untuk bermain semula permainan Zone Of The Enders ataupun berminat untuk berada di dalam Cockpit Jehuty secara realiti-maya, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan di konsol Playstation 4 ataupun PC pada 4 September ini.


TIPS & ULASAN