Skip to main content

Melalui laporan Siliconera, komposer terkenal, Nobuo Uematsu kini disahkan sebagai komposer buat permainan Final Fantasy VII Remake. Nobuo Uematsu yang mana sebelum ini juga adalah komposer buat permainan asal Final Fantasy VII kini tampaknya beliau bakal kembali sebagai komposer buat versi pernambah-baikkan buat permainan tersebut.

Melalui laporan tersebut, penerbit permainan Final Fantasy VII Remake, Yoshinori Kitasi juga mengesahkan bahawa Nobuo Uematsu sememangnya terlibat dengan pembangunan permainan tersebut.

Sebelum ini, Nobuo Uematsu juga terlibat dengan pembangunan muzik buat permainan Final Fantasy XV: Comrades bersama Emiko Suzuki.

Walaupun begitu, buat masa ini tidak banyak informasi tambahan yang dikongsikan oleh Square-Enix berkenaan pembangunan permainan Final Fantasy VII Remake. Sebelum ini, kami ada melaporkan bahawa rekaan watak Cloud Strife buat permainan tersebut juga diubah. Namun, Square-Enix masih belum berkongsi sebarang imej berkenaan berita tersebut.

Kami sendiri di Aksiz semakin skeptikal terhadap permainan tersebut memandangkan ia asalnya diumumkan pada E3 tiga tahun lepas dan Square-Enix masih belum berkongsi sebarang kemaskini berkenaan permainan tersebut. Namun, memandangkan E3 semakin hampir, mungkin Square-Enix akan memperlihatkan sebarang informasi baru berkenaan permainan tersebut menjelang acara E3 tahun ini.

Leave a Reply