Informasi Permainan Video Terkini
Blade Strangers Diumumkan Oleh Nicalis – Menyertakan Pelbagai Watak Dari Shovel Knight, Cave Story Dan Sebagainya

Blade Strangers Diumumkan Oleh Nicalis – Menyertakan Pelbagai Watak Dari Shovel Knight, Cave Story Dan Sebagainya

Diterbitkan pada Mei 15, 2018 oleh .

Selain daripada permainan Crystal Crysis, Nicalis hari ini juga mengumumkan permainan perlawanan terbaru oleh mereka iaitu Blade Strangers yang mana ia dirancang untuk dilancarkan buat konsol Playstation 4, Switch dan PC.

Blade Strangers merupakan permainan perlawanan yang dibangunkan oleh Studio Saizensen dan dilancarkan oleh Nicalis. Seperti permainan Crystal Crisis, permainan ini juga bakal menyertakan pelbagai watak-watak permainan yang dilancarkan oleh Nicalis seperti Binding Of Isaac, Cave Story dan Code Of Princess EX.

Menariknya juga, Nicalis juga akan menyertakan sebilangan watak-watak dari francais lain seperti Shovel Knight dan Gunvolt. Baru-baru ini juga mereka mengumumkan watak Kawase dari siri Umihara Kawase juga bakal tiba buat permainan tersebut.

Buat masa ini, Nicalis masih belum berkongsi tarikh pelancaran permainan tersebut, namun menurut mereka ia akan dilancarkan tahun ini di konsol Playstation 4, Switch dan PC.