Melalui pebualan di Twitter, Dontnod Entertainment menyatakan bahawa permainan aksi RPG mereka akan datang, Vampyr akan hanya mempunyai satu slot penyimpanan sahaja.
Yes, you can play with keyboard and mouse on PC. Yes, you only have one save. We're working hard to make sure no technical issue will obstruct your playthrough.
— Vampyr Game (@VampyrGame) May 4, 2018
Seperti yang dikongsikan oleh kami sebelum ini, permainan tersebut tampaknya akan mempunyai pelbagai kesan terhadap setiap pilihan pemain. Malah untuk memastikan pemain sentiasa tetap dengan pilihan pemain, pembangun permainan tersebut tampaknya hanya akan membenarkan pemain mempunyai satu slot penyimpanan sahaja.
Walaupun begitu, tindakan ini juga memberi kerisauan buat pemain memandangkan kebarangkalian fail penyimpanan tersebut mungkin akan rosak. Namun menurut Dontnod Entertainment, mereka akan memastikan bahawa fail tersebut tidak akan mempunyai sebarang masalah teknikal.
Vampyr merupakan permainan aksi RPG yang memfokuskan tema pontianak dan ia bertempatkan di London. Melalui permainan ini, pemain akan mengawal Dr. Reid iaitu seorang pontianak. Menurut Dontnod Entertainment, Vampyr akan dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC bermula 5 Jun ini.