Skip to main content

Bagi anda yang meminati permainan tekaria seakan Puzzle Fighter anda mungkin berminat untuk mendapatkan permainan terbaru oleh Nicalis ini iaitu Crystal Crisis yang mana ia mempunyai bentuk permainan tekaria yang hampir sama.

Menariknya, berdasarkan trailer yang dipertontonkan, permainan tersebut akan menyertakan pelbagai watak-watak dari francais lain seperti Astro Boy, Black Jack dan juga watak-watak dari permainan Cave Story. Menurut Nicalis, mereka akan menyertakan 19 watak dan termasuklah watak-watak daripada permainan Cave Story, The Binding Of Isaac, dan sebagainya.

Dari segi bentuk permainan pula, permainan ini mempunyai bentuk tekaria dimana pemain akan bertempur dengan musuh dengan menyusun blok warna seakan permainan Tetris. Pemain juga boleh melakukan serangan dengan menghasilkan kombinasi warna blok melalui permainan tersebut. Permainan ini juga akan menyertakan mod multi-pemain secara atas-talian.

Crystal Crisis akan dilancarkan secara esklusif di konsol Nintendo Switch dan menurut Nicalis, ia bakal tiba pada musim luruh tahun ini iaitu antara September sehingga Disember ini.

Leave a Reply