Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Pertama Guilty Gear Diumumkan Bakal Tiba Di Playstation 4, Switch Dan PC

Permainan Pertama Guilty Gear Diumumkan Bakal Tiba Di Playstation 4, Switch Dan PC

Diterbitkan pada Mei 15, 2018 oleh .

Arc System Works hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan kembali permainan Guilty Gear pertama yang dilancarkan buat konsol Playstation 1 pada 1998 lepas di konsol generasi kini iaitu Playstation 4, Switch dan PC. Pelancaran ini juga bersempena dengan ulang tahun yang ke-20 buat siri permainan tersebut.

Siri Guilty Gear merupakan permainan perlawanan yang sangat terkenal dengan pelbagai permainan telahpun dilancarkan sebelum ini. Dengan tibanya permainan pertama buat siri tersebut di konsol generasi kini, para peminat kini berpeluang untuk bermain semula permainan tersebut semula.

Walaupun begitu, Arc System Works masih belum mengumumkan sebarang tarikh pelancaran mahupun sebarang kemaskini ataupun pernamabahan yang mereka akan sertakan. Seperti biasa, kami akan berkongsinya apabila ia diumumkan kelak.


TIPS & ULASAN