Informasi Permainan Video Terkini
Ubisoft Memperacahkan Operator Baru Dan Peta Kawasan Baru Villa Buat Rainbow Six Siege
PC

Ubisoft Memperacahkan Operator Baru Dan Peta Kawasan Baru Villa Buat Rainbow Six Siege

Diterbitkan pada Mei 15, 2018 oleh .

Lanjutan berkenaan pengumuman Ubisoft berkenaan kemaskini terbaru buat permainan Rainbow Six Siege minggu lepas, kini Ubisoft meperacahkan salah satu daripada Operator baru buat permainan tersebut bersama peta kawasan baru yang bernama Villa.

Operator Alibi merupakan salah satu Operator baru yang diumumkan bakal tiba bersama kemaskini Operation Para Bellum yang diumumkan minggu lepas. Namun, buat masa ini Ubisoft masih belum berkongsi bentuk permainan Operator tersebut. Tetapi berdasarkan trailer yang diperacahkan, tampaknya Operator tersebut mempunyai kemahiran untuk mengumpan musuh dengan meletakkan umpan holografik.

Manakala peta kawasan baru yang akan disertakan buat kemaskini Operation Para Bellum pula adalah peta bernama Villa. Peta tersebut akan meletakkan pemain di dalam satu kawasan rumah yang mempunyai tiga tingkat. Rumah tersebut juga tampaknya mempunyai ruang bawah tanah bersama garaj.

Walaubagaimana pun, Ubisoft menyatakan bahawa  mereka akan berkongsi informasi tambahan berkenaan ketika acara khas langsung di Twitch pada 19 dan 20 Mei ini termasuklah pendedahan secara menyeluruh berkenaan kemaskini ini bersama kemaskini-kemaskini lain. Seperti biasa, kami akan berkongsi informasi lanjut berkenaan permainan tersebut setelah ia diumumkan secara rasmi oleh Ubisoft.