Informasi Permainan Video Terkini
Nintendo Mengumumkan Famicom Mini Khas Dengan Pelbagai Permainan Dari Siri Manga Terkenal

Nintendo Mengumumkan Famicom Mini Khas Dengan Pelbagai Permainan Dari Siri Manga Terkenal

Diterbitkan pada Mei 15, 2018 oleh .

Nintendo hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan Famicom Mini khas yang mana ia mempunyai 20 permainan berdasarkan siri manga terkenal.

Famicom mini merupakan konsol mini khas yang mana sebelum Nintendo juga melancarkan konsol mini NES iaitu merupakan versi global buat Famicom

Edisi khas Famicom ini juga merupakan kolaborasi bersama pengeluar komik terkenal di Jepun, iaitu Weekly Shonen Jump bersempena ulang tahunnya yang ke-50. Konsol tersebut akan menyertakan 20 permainan dan antaranya adalah permainan Dragon Ball, Saint Seiya dan Fist of The North Star.

Konsol mini Famicom edisi khas tersebut akan dilancarkan di Jepun pada 7 Julai ini dengan harga ¥7,980(~RM289). Namun, Nintendo tidak mengumumkan sebarang versi global, bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya anda mungkin perlu mengimportnya dari Jepun.