Skip to main content

Atlus hari ini mengumumkan melalui laporan pendapat syarikat mereka yang mana permainan Persona 5 kini telah mencapai hasil edaran melebihi 2.2 juta unit seluruh dunia.

Sebelum ini, Atlus juga pernah mengumumkan bahawa permainan tersebut telah terjual sebanyak 2 juta salinan. Sememangnya nilai ini adalah hasil buat kedua-dua versi global dan versi Jepun. Walaupun peningkatan tersebut tidaklah begitu banyak, namun ini merupakan satu nilai yang tinggi buat permainan bergenre JRPG.

Persona 5 merupakan permainan JRPG yang dibangunkan oleh Atlus. Ia asalnya dilancarkan di Jepun pada 2016 dan versi global dilancarkan pada 2017 lepas. Permainan tersebut mendapat pelbagai pujian ramai berkenaan penceritaannya dan bentuk permainannya yang menarik dan kami juga menyenarainya di dalam permainan terbaik Playstation 4 buat tahun 2017.

Atlus juga baru-baru ini melancarkan anime khas Persona 5 dan juga permainan sampingan Persona 5: Dancing Star Night.

Leave a Reply