Informasi Permainan Video Terkini
Stardew Valley Akhirnya Akan Dilancarkan Di Konsol Playstation Vita Pada 22 Mei Ini

Stardew Valley Akhirnya Akan Dilancarkan Di Konsol Playstation Vita Pada 22 Mei Ini

Diterbitkan pada Mei 15, 2018 oleh .

ConcernedApe, iaitu pembangun permain Stardew Valley hari ini akhirnya mengumumkan bahawa permainan tersebut akan dilancarkan buat konsol Playstation Vita secara rasmi pada 22 Mei ini.

Menariknya juga, menurut pembangun permainan tersebut, Stardew Valley akan menyertakan sokongan pembelian Cross-Buy antara Playstation 4 dan Playstation Vita. Ini bermakna, bagi anda yang sudah pun mempunyai permainan tersebut di Playstation 4, anda boleh memuat-turun permainan Stardew Valley di Playstation Vita secara percuma.

Stardew Valley merupakan pemainan simulasi berkebun yang dikeluarkan untuk pelbagai konsol. Ia sebelum ini dilancarkan di Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC. Kini tampaknya, ia bakal tiba buat konsol mudah-alih Playstation Vita bermula 22 Mei ini.