Informasi Permainan Video Terkini
Pasukan RamPaGe Gaming Menjuarai Kejohanan COD WWII 2018 Asia Championship – Membawa Pulang RM47,400

Pasukan RamPaGe Gaming Menjuarai Kejohanan COD WWII 2018 Asia Championship – Membawa Pulang RM47,400

Diterbitkan pada Mei 14, 2018 oleh .

Lanjutan daripada acara kejohanan COD WWII 2018 Asia Championship yang berlangsung hujung minggu lepas, empat pasukan yang bertempur merebut juara akhirnya tamat yang mana RamPaGe Gaming menjuarai kejohanan tersebut yang berlangsung di Battle Arena, Jaya Shopping Centre di Petaling Jaya.

RamPaGe Gaming membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM47,400 dan akan mewakili asia tenggara untuk Call Of Duty World League yang bakal berlangsung pada Jun ini. Manakala tempat kedua, Avarice Gaming membawa pulang RM19,700. Tempat ketiga Venom membawa pulang RM7,900 dan ItsNutty mendapat tempat keempat dan membawa pulang RM3,900.

Dengan kejayaan RamPaGe Gaming ini, kami di Aksiz ingin mengucapkan tahniah buat mereka dan selamat maju jaya buat kejohanan Call Of Duty World League yang bakal berlangsung bulan hadapan.


TIPS & ULASAN