Superhot Team hari ini mengumumkan permainan Superhot JP yang mana ia dibangunkan dengan kerjasama GameTomo dimana permainan tersebut merupakan bentuk permainan yang sama tetapi memfokuskan persekitaran Jepun. Menurut GameTomo, Superhot JP akan dilancarkan di Playstation 4 dan PC.

Superhot JP merupakan permianan yang mempunyai bentuk dan dunia permainna yang sama dengan permainan Superhot sebelum ini. Namun, menurut GameTomo, permainan ini akan menyertakan persekitaran Jepun seperti kolam air panas, istana samurai dan kereta api “Bullet Train”.

GameTomo juga menyatakan bahawa permainan ini merupakan permainan kendiri, seperti mana permainan Superhot: Mind Control Delete yang dilancarkan oleh mereka sebelum ini. GameTomo juga menyatakan ia akan dilancarkan di Jepun dahulu dengan sebilangan peringkat permainan bersama senjata-senjata baru termasuklah panah.

Buat masa ini, GameTomo masih belum berkongsi tarikh pelancaran permainan tersebut dan menurut mereka, ia akan dilancarkan di Playstation 4 dan PC.

Sohor Kini