Informasi Permainan Video Terkini
Bend Studio Mempertontonkan Sejam Pertama Buat Permainan Days Gone

Bend Studio Mempertontonkan Sejam Pertama Buat Permainan Days Gone

Diterbitkan pada Mei 12, 2018 oleh .

Lanjutan daripada laporan Game Informer berkenaan permainan Days Gone, kini Bend Studio, pembangun permainan tersebut berkongsi sejam pertama buat Days Gone yang mana ia mempertontonkan bukan sahaja bentuk permainan malah penceritaan bagi sejam pertama permainan tersebut.

Melalui video tersebut, Bend Studio mempertontonkan watak utama dan watak yang akan dimainkan oleh pemain iaitu Deacon St. John. Bend Studio juga berkongsi bagaimana bentuk permainan motosikal yang terdapat di dalam permainan tersebut bukan sahaja pengedaliannya malah pada penghujung video tersebut, pemain perlu menaik-taraf semula dan mencari bahagian-bahagian motosikal untuk dibaik pulihkan.

Selain itu, permainan ini juga tampaknya mempunyai sistem jual beli dimana pemain berupaya untuk membeli makanan, senjata dan sebagainya. Pemain juga perlu mengembara di dunia tersebut untuk mencari barangan dan kelengkapan untuk meneruskan hidup. Bend Studio juga menyatakan setiap bangunan yang terdapat di dalam permainan ini, boleh dimasuk dan digeledah untuk mencari barangan-barangan tersebut.

Pada yang sama, seperti permainan zombi yang lain, pemain perlu bertempur dengan zombi-zombi yang dipanggil Freakers dengan pelbagai senjata malah pemain juga boleh membunuh mereka dengan serangan senyap.

Days Gone merupakan permainan zombi dunia terbuka yang dibangunkan oleh Bend Studio secara esklusif buat konsol Playstation 4. Buat masa sekarang, ia dirancang untuk dilancarkan pada 2019.