Skip to main content

Hari ini berlangsungnya acara kejohanan COD WWII 2018 Asia Championship seiring Playstation Asia League FIFA18 dengan kerjasama Playstation Asia dan ESL Asia.

Kejohanan tersebut berlangsung di Battle Arena, Jaya Shopping Centre dan sebanyak 64 pasukan telah bertempur ketika pusingan kelayakkan dari Hong Kong, Taiwan, Korea Selatan, Singapura, Indonesia, Thailand dan juga Malaysia.

Kini empat pasukan berjaya ke peringkat akhir iaitu terdiri daripada pasukan Venom ReD, ItsNutty, RamPaGe Gaming dan Avarice Gaming bakal bertempur untuk merebut juara dan membawa pulang jumlah wang hadiah bernilai $20,000 dan juara kejohanan tersebut berpeluang untuk mewakil negara untuk kejohanan Call Of Duty World League (CWL).

https://www.youtube.com/watch?v=5qRGlemCBFI

Bagi anda yang berminat untuk menonton kejohanan tersebut secara langsung, ia kini boleh ditonton melalui laman rasmi ESL termasuklah saluran Youtube COD WWII Asia Championship.

Bagi anda yang ingin memberi sokongan terhadap pasukan tersebut, anda boleh hadiri ke kejohanan tersebut di Battle Arena, Jaya Shopping Centre di Petaling Jaya, Malaysia hari ini.

Leave a Reply