Bagi anda yang tidak sabar untuk menetapkan Gunpla atau Gundam anda sendiri di dalam permainan New Gundam Breaker akan datang, Bandai Namco hari ini mempertontonkan video baru khas yang mana mereka memperlihatkan mod tetapan Gunpla buat permainan tersebut.
Melalui mod tetapan ini, pemain berupaya untuk membina Gunpla pemain sendiri dengan pelbagai tetapan termasuklah daripada bahagian-bahagian Gunpla, dan juga warna. Seperti permainan Gundam Breaker sebelum ini, anda juga berpeluang untuk mengambil foto bersama-sama dengan Gunpla rekaan anda dengan pelbagai posisi.
New Gundam Breaker adalah permainan yang memfokuskan pembinaan Gundam atau Gunpla yang mana pemain berupaya untuk mengubah-suai pelbagai bentuk Gunpla bersama alat ganti berlainan dan senjata. Permainan ini akan dilancarkan di Playstation 4 dan PCbermula 22 Jun.