Permainan Pixel Princess Blitz menawarkan teknik permainan yang unik, dikatakan sebagai permainan aksi RPG roquelike, di mana setiap perjalanan akan memberikan satu penceritaan yang baru walaupun selepas pemain bermain semula dari awal.

Pembangun permainan ini iaitu Lanze Games memulakan kempen Kickstarter pada bulan Januari lepas untuk mendapatkan dana sebanyak €77,700 selepas ditamatkan sebulan kemudian kempen ini berjaya mendapat lebih daripada yang dikehendaki iaitu €102,418.

Buat masa ini masih tiada tarikh tetap yang dinyatakan mengenai bila permainan ini akan dikeluarkan, akan tetapi Lanze Games berkongsi trailer terbaru untuk memperlihatkan teknik permainan, akan tetapi masih di peringkat alfa.

Jika anda ingin membantu pembangunan permainan ini, anda boleh melakukan dengan menyumbangkan sedikit dana untuk mendapat pelbagai kelebihan seperti mendapatkan permainan ini dengan harga lebih murah apabila dikeluarkan nanti. Anda boleh melayari laman mereka jika berminat.

Permainan ini akan dikeluarkan untuk PC terlebih dahulu selepas disiapkan, pembangunan untuk konsol lain akan dimulakan.

Sohor Kini