Informasi Permainan Video Terkini
Crash Bandicoot N. Sane Trilogy Versi Switch, Xbox One Dan PC Akan Dilancarkan Lebih Awal – Bakal Tiba 29 Jun

Crash Bandicoot N. Sane Trilogy Versi Switch, Xbox One Dan PC Akan Dilancarkan Lebih Awal – Bakal Tiba 29 Jun

Diterbitkan pada Mei 11, 2018 oleh .

Sebelum ini, kami ada melaporkan bahawa permainan Crash Bandicoot N. Sane Trilogy versi konsol Switch, Xbox One dan PC akan dilancarkan pada 10 Julai. Namun kini, Activision mengumumkan bahawa mereka akan melancarkannya lebih awal iaitu pada 29 Jun.

Menurut Activision, permainan tersebut mendapat sokongan oleh peminat yang mana ia memberi mereka bimbingan untuk melancarkannya dua minggu lebih awal.

Crash Bandicoot N. Sane Trilogy merupakan koleksi permainan Crash Bandicoot yang diberi bentuk pernambah-baikkan daripada permainan asalnya di Playstation 1. Ia merangkumi 3 permainan iaitu Crash Bandicoot, Cortex Strikes Back, dan Warped. Asalnya permainan tersebut dilancarkan di Playstation 4 pada tahun lepas.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya di platform Switch, Xbox One dan PC, anda boleh membuat pra-tempahan melalui pengedar rasmiataupun melalui laman rasmi permainan tersebut.