Sebelum ini, Stoic mengumumkan bahawa permainan The Banner Saga 3 bakal tiba Julai ini, namun bagi mereka yang ingin bermain permainan The Banner Saga yang pertama di Switch, anda tidak perlu menunggunya dengan lebih lama dimana Stoic hari ini mengumumkan The Banner Saga akan tiba di Switch pada minggu hadapan iaitu pada 17 Mei ini.
The Banner Saga merupakan permainan pertama buat siri The Banner Saga yang mana kini permainan tersebut sudah mempunyai 3 siri permainan. Ia sebelum ini telahpun dilancarkan di PC, Playstation 4, Xbox One dan juga versi permua di peranti telefon pintar.
Menurut Stoic, ketika acara Nindies Showcase Mac lalu, mereka akan melancarkan ketiga-tiga siri permainan The Banner Saga yang mana permainan pertama dan ketiga sudahpun diumumkan tarikh pelancarannya dimana The Banner Saga 3 akan dilancarkan pada 24 Julai ini.
The Banner Saga adalah permainan yang memfokuskan bentuk permainan strategi secara turutan, ia merupakan salah satu permainan epik yang mendapat sambutan ramai peminat dengan penceritaannya yang menarik.
Bagi anda yang meminati siri permainan berbentuk strategi secara turutan, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan The Banner Saga pada 17 Mei ini.