NVYVE Studios iaitu pembangun permainan P.A.M.E.L.A kini mengumumkan permainan terbaru, iaitu HYPERGUN yang mana ia merupakan permainan penembak pandang pertama untuk konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

 

HYPERGUN merupakan permainan penembakkan yang memfokuskan bentuk permainan yang pantas dimana ia akan meletakkan pemain di tahun 2038 dan pemain perlu bertempur dengan makhluk asing yang cuba menakluk bumi.

Selain daripada itu, pemain juga berpeluang untuk membina senjata api mereka sendiri dengan lebih dari 150 modul senjata untuk dikumpul dan boleh dihasilkan untuk memiliki senjata “HyperGun” tersendiri. Permainan ini juga mempunyai bentuk penjanaan peringkat terbina yang mana kawasan permainan tersebut akan dijana secara kendiri.

Buat masa ini NVYVE Studios masih belum mengumumkan tarikh pelancaran permainan tersebut. Tetapi menurut mereka, ia bakal tiba tidak lama lagi.

 

 

Sohor Kini