Skip to main content

Sebelum ini, Codemaster mengumumkan permainan perlumbaan seterusnya oleh mereka iaitu Onrush dimana ia dijadualkan untuk dilancarkan pada 5 Jun kelak. Kini, Codemaster berkongsi tarikh beta terbuka buat permainan tersebut dimana anda boleh mencuba untuk bermainannya secara percuma sebelum ia dilancarkan.

Menurut Codemaster, beta terbuka permainan tersebut akan berlangsung pada 17 sehingga 21 Mei ini untuk kedua-dua konsol Playstation 4 dan Xbox One. Menariknya, bagi mereka yang membuat pra-tempahan permainan tersebut di Playstation 4, mereka berpeluang untuk mengakses beta terbuka tersebut lebih awal iaitu pada 15 Mei.

Melalui beta permainan Onrush tersebut, pemain akan berpeluang untuk mempelajari bentuk permainan tersebut melalui mod latihan interaktif yang disediakan. Pemain juga berpeluang untuk berlumba dengan pelumba AI ataupun secara multi-pemain melalui mod perlumbaan yang tersedia di permainan tersebut. Mod foto juga akan tersedia ketika beta terbuka permainan tersebut.

Beta permainan ini akan menyertakan dua litar, dua mod permainan dan empat kelas kenderaan. Menariknya juga, bagi mereka yang menyah-kunci ganjaran melalui beta terbuka ini, pemain boleh menyambung segala kemajuan apabila pemain membeli permainan penuh apabila ia dilancarkan 5 Jun ini.

Onrush adalah permainan perlumbaan seterusnya oleh Codemasters dimana mereka terkenal dengan pembangunan permainan seperti Dirt dan Grid. Di dalam Onrush, pemain berpeluang untuk menggunakan kenderaan kereta dan motosikal dan berlumba disamping bertempur dengan menjatuhkan pemain lain, membuat pelbagai lagak aksi untuk markah dan bergerak secara kumpulan untuk memperoleh markah bagi mendominasikan permainan tersebut.

Bagi anda yang tidak sabar untuk bermain permainan Onrush ini, ia akan dilancarkan di Playstation 4 dan Xbox One pada 5 Jun 2018 ini. Manakala versi PC akan diumumkan kelak oleh Codemasters. Bagi versi-versi permainan yang diumumkan, anda boleh membacanya disini.

Leave a Reply