Skip to main content

Bagi anda yang meminati permainan ringkas pertahanan hidup ataupun permainan klasik dari siri Oddworld, kini dua permainan Yet Another Zombie Defense dan Oddworld: Abe’s Oddysee boleh dimuat-turun secara percuma melalui Steam untuk tempoh masa terhad.

Yet Another Zombie Defense merupakan permainan pertahanan hidup dimana anda perlu mempertahan diri anda daripada serangan zombi setiap malam. Melalui permainan ini, anda perlu bertempur dengan menggunakan senjata api dan sebagainya untuk membunuh zombi secara berperingkat. Anda juga berupaya untuk bermainnya secara multi-pemain bersama rakan-rakan anda.

Pada masa yang sama, Awesome Games Studio pembangun permainan tersebut juga mengadakan jualan promosi buat permainan Yet Another Zombie Defense HD dengan harga serendah RM2.50.

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan permainan tersebut secara percuma bermula hari ini sehingga esok, 11 Mei jam 10 pagi.

[download] Muat-Turun: Yet Another Zombie Defense [/download]

Oddworld: Abe’s Oddysee merupakan permainan platformer klasik yang dilancarkan pada 1997 lepas. Permainan tersebut mendapat pelbagai pujian yang mana ia mempunyai bentuk permainan menarik bersama pendekatan seni yang baik. Permainan ini juga merupakan permainan pertama buat siri permainan Oddworld yang dilancarkan sebelum ini.

Menariknya, pada masa yang sama, Oddworld Inhabitants, pembangun permainan tersebut juga mengadakan jualan khas promosi buat kesemua siri permainan Oddworld sehingga 80% diskaun bermula hari ini sehingga 12 Mei ini. Bagi anda yang berminat untuk membeli sebilangan promosi permainan tersebut, anda boleh ke pautan ini.

Bagi anda yang ingin memuat-turun permainan Oddworld: Abe’s Oddysee, anda boleh muat-turunnya melalui pautan dibawah secara percuma.

[download] Muat-Turun: Oddworld: Abe’s Oddysee [/download]

Leave a Reply