Menurut perkongsian di Twitter oleh Wario64, Walmart iaitu sebuah kedai pasaraya di Amerika Syarikat tidak sengaja menyenarai sebilangan permainan akan datang di laman kedai atas-talian mereka, termasuklah permainan-permainan yang belum diumumkan lagi.
Walmart CA listings https://t.co/MhwlNGn6s1
Just Cause 4
Splinter Cell
Dragon Quest 2 (PS4/XBO)
LEGO DC Villans
Borderlands 3
Rage 2
Gears of War 5
Forza Horizons 5
Assassin's Creed pic.twitter.com/TF0mxnxkES— Wario64 (@Wario64) May 9, 2018
Mengikut senarai permainan yang disenaraikan, sebahagian permainan-permainan tersebut masih belum diumumkan dan terdapat juga permainan yang sudah diumumkan sebelum ini. Berikut merupakan senarai permainan yang disenaraikan:
- Assassin’s Creed
- Beyond Good and Evil 2
- Borderlands 3
- Dragon Quest 2
- Dreams
- Destiny Comet
- Forza Horizon 5
- Final Fantasy VII Remake
- Gears of War 5
- Insurgency: Sandstorm
- Just Cause 4
- The Last of Us 2
- LEGO DC Villains
- Metroid Prime 4
- NBA 2K19
- Rage 2
- Super Smash Bros.
- Tom Clancy’s The Division 2
- Splinter Cell
- WWE 2K19
Selain itu, Walmart juga menyenaraikan permainan Division 2 dan Splinter Cell oleh Ubisoft. Sebelum ini, permainan Splinter Cell juga pernah disenaraikan di Amazon yang mana mungkin senarai ini adalah benar dan merupakan sebahagian permainan yang bakal diumumkan ketika E3 kelak.
Namun buat masa ini, kesahihan senarai tersebut masih lagi tidak boleh diberi jaminan memandang kebanyakkan nama permainan yang tersenarai masih lagi tidak lengkap dan tarikh pelancarannya masih belum dikenalpasti. Tambahan juga, kebanyakkan senarai permainan tersebut telahpun dibuang dari laman tersebut selepas ianya tertiris minggu ini.
Hey @WalmartCanada here are a few notes. pic.twitter.com/R1od2aTEMC
— RAGE 2 (@rage) May 9, 2018
Menariknya, akaun rasmi Twitter permainan Rage oleh Bethesda tampaknya memberi respon jenaka berkenaan ketirisan permainan mereka, Rage 2 dengan membuat sebilangan pembetulan buat senarai tersebut.
Walaubagaimana pun, memandang E3 bakal tiba pada Jun ini, mungkin senarai-senarai permainan yang dikongsikan di atas akan diumumkan pada masa terdekat ini. Seperti biasa, kami akan mengemaskininya jika ia diumumkan secara rasmi.