Informasi Permainan Video Terkini
Nintendo Mengumumkan Dok Pengecasan Yang Boleh Dilaras Buat Konsol Switch

Nintendo Mengumumkan Dok Pengecasan Yang Boleh Dilaras Buat Konsol Switch

Diterbitkan pada Mei 10, 2018 oleh .

Nintendo hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan dok pengecasan khas buat konsol hibrid, Nintendo Switch yang dok tersebut boleh dilaras ketika sesi permainain. Dok tersebut merupakan aksesori rasmi oleh Nintendo dengan nama Adjustable Charging Stand.

Dengan harga permulaan $19.99(~RM80) dok tersebut akan memudahkan pemain untuk bermain Nintendo Switch dalam bentuk Tabletop sambil mengecaskan konsol berkenaan. Ia dirancang untuk dilancarkan pada 13 Julai ini.

Dok tersebut juga boleh dilaraskan mengikut kedudukan sudut pandangan dimana pemain berupaya untuk mengubahnya mengikut keadaan pandangan pemain. Tambahan juga, dengan meletakkan picu pengecasan disebelah tepi, ia sememangnya tidak akan menghalang pemain untuk bermain Switch sambil mengecas konsol tersebut.

Bagi anda yang berminat, anda boleh mendapatkannya melalui laman rasmi Nintendo ataupun di mana-mana pengedar rasmi Nintendo bermula 13 Julai ini.