Informasi Permainan Video Terkini
Penceritaan Permainan Days Gone Akan Mengambil Masa 30 Jam Untuk Dihabiskan

Penceritaan Permainan Days Gone Akan Mengambil Masa 30 Jam Untuk Dihabiskan

Diterbitkan pada Mei 9, 2018 oleh .

Melalui temu bual Game Informer bersama John Garvin, iaitu pengarah kreatifi permainan Days Gone, beliau menyata bahawa penceritaan utama buat permainan tersebut adalah sekitar 30 jam untuk dihabiskan. Namun, beliau juga menyatakan tempoh masa tersebut mungkin akan bertambah mengikut keadaan pemain ketika bermain permainan tersebut.

Beliau juga menyatakan perbezaan permainan ini berbanding permainan-permainan pertahanan hidup yang lain adalah bentuk permainan Days Gone senantiasa bahaya. Menurut beliau, permainan ini akan sentiasa memberi kepelbagaian buat pemain dan pemain juga akan menempuh pelbagai keadaan yang berbeza ketika melakukan sesuatu, seperti di serang oleh serigala dan sebagainya.

Selain daripada itu, Game Informer juga mengumumkan bahawa mereka akan berkongsi sebilangan informasi tambahan berkenaan permainan Days Gone sepanjang bulan ini termasuklah bentuk permainan dan sebagainya.

Berdasarkan video diatas, mereka juga mempertontonkan sebilangan adegan baru bentuk permainan tersebut yang masih belum dikongsikan oleh Bend Studio, iaitu pembangun permainan tersebut.

Namun, kami berasa mereka tidak akan berkongsi tarikh pelancaran permainan tersebut dalam masa terdekat memandangkan ia dirancang untuk dilancarkan pada 2019 kelak. Seperti biasa, kami akan berkongsi sebarang kemaskini berkenaan permainan tersebut apabila ia diumumkan pada masa akan datang.