Informasi Permainan Video Terkini
Square-Enix Akan Berkongsi Watak DLC Seterusnya Buat Permainan Dissidia: Final Fantasy NT Pada 15 Mei Ini

Square-Enix Akan Berkongsi Watak DLC Seterusnya Buat Permainan Dissidia: Final Fantasy NT Pada 15 Mei Ini

Diterbitkan pada Mei 8, 2018 oleh .

Square-Enix hari ini mengumumkan bahawa mereka akan berkongsi DLC watak seterusnya buat permainan Dissidia: Final Fantasy NT pada 15 Mei ini di saluran rasmi Youtube mereka.

Sememangnya DLC watak tersebut merupakan salah satu daripada watak yang diacahkan oleh Square-Enix awal tahun ini iaitu watak daripada siri Final Fantasy VII kebawah. Sebelum ini Square-Enix juga melancarkan watak DLC pertama iaitu Vayne Solidor daripada siri Final Fantasy XII.

Dissidia: Final Fantasy NT merupakan permainan eksklusif untuk Playstation 4 dan dikeluarkan untuk pasaran global pada Januari lepas. Asalnya ia merupakan permainan arked yang hanya dilancarkan buat pasaran Jepun. Bagi anda yang berminat untuk membaca ulasan penuh permainan tersebut, Anda boleh membacanya di sini.