Informasi Permainan Video Terkini
Filem Avengers: Infinity War Kini Merupakan Filem Terpantas Mencapai Kutipan Sebanyak $1 Bilion

Filem Avengers: Infinity War Kini Merupakan Filem Terpantas Mencapai Kutipan Sebanyak $1 Bilion

Diterbitkan pada Mei 8, 2018 oleh .

Minggu lepas, Disney baru sahaja menyatakan bahawa mereka mencapai $630 juta hasil kutipan buat filem terbaru, Avengers: Infinity War. Kini, Disney akhirnya mengumumkan bahawa filem tersebut telahpun mencapai kutipan lebih dari $1 bilion buat seluruh dunia pada hujung minggu lepas, sekaligus menjadi filem terpantas yang mencapai jumlah tersebut.

Menurut laporan CNET, Disney menyatakan bahawa mereka menganggarkan bahawa jumlah pada hujung minggu kedua filem tersebut ditayangkan, mereka mendapat kutipan sebanyak $275 juta sekaligus mencapai jumlah kutipan sebanyak $1.16 bilion setakat ini.

Sekali lagi kami ingin mengucapkan tahniah buat buat Disney dan Marvel Studios atas kejayaan mereka. Hasil kejayaan filem tersebut sememangnya harus diberi pujian memandangkan ia merupakan hasil pembikinan Marvel Cinematic Universe sejak 10 tahun lepas bermula dengan filem Iron Man yang ditayangkan pada 2008 lepas.

Walaupun begitu, hasil promosi filem tersebut tidak akan terhenti setakat itu sahaja dimana baru-baru ini Epic Games juga mengumumkan watak Thanos dari filem tersebut juga bakal tiba buat permainan Battle Royale terkenal, Fortnite Battle Royale. Tambahan juga, Insomniac Games juga bakal menyertakan kostum Iron Spider dari filem Avengers: Infinity War buat permainan akan datang Marvel’s Spider-Man pada September ini.


TIPS & ULASAN