Ubisoft hari ini mengumumkan kemaskini terbaru bakal tiba buat permainan penembak pandang pertama, Rainbow Six Siege iaitu kemaskini Operation Para Bellum. Kemaskini ini merupakan kemaskini musim kedua buat tahun ketiga permainan tersebut yang mana mereka janjikan sebelum ini.

Melalui kemaskini ini, Ubisoft akan menyertakan dua Operator baru buat permainan tersebut bersama peta kawasan baru dan kemaskini keseimbangan permainan.

Selain itu, kemaskini ini juga akan menyertakan gajet baru buat pemain dan sistem keupayaan untuk pilih dan haramkan Operator. Melalui sistem ini, ia akan memperkenalkan keseimbangan buat pemain seakan permainan Dota 2 dimana pemain boleh memilih dan mengharam sebilangan operator buat pasukan musuh.

Buat masa ini, Ubisoft menyatakan mereka akan berkongsi informasi tambahan berkenaan ketika acara khas langsung di Twitch pada 19 dan 20 Mei ini. Melalui siaran langsung tersebut, mereka juga akan mempertontonkan buat pertama kalinya bagaimana sistem pilih dan haramkan Operator akan berfungsi.

Seperti biasa, kami akan berkongsi informasi lanjut berkenaan permainan tersebut setelah ia diumumkan secara rasmi oleh Ubisoft.

Sohor Kini