Informasi Permainan Video Terkini
Kemaskini Terbaru Bakal Tiba Buat Dragon Ball FighterZ – Menyertakan Mod FighterZ Cup Dan Party Battle
PC

Kemaskini Terbaru Bakal Tiba Buat Dragon Ball FighterZ – Menyertakan Mod FighterZ Cup Dan Party Battle

Diterbitkan pada Mei 8, 2018 oleh .

Bandai Namco hari ini mengumumkan sebilangan kemaskini terbaru bakal tiba buat permainan perlawanan Dragon Ball FighterZ buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC bermula 9 Mei ini. Antara mod baru yang akan diperkenalkan adalah FighterZ Cup dan Party Battle.

Melalui FighterZ Cup, permainan tersebut akan menyediakan kejohanan setiap bulan dimana pemain akan bertempur untuk mengempul nilai Z-Union yang diumumkan Mac lepas.

Selain itu, Bandai Namco juga memperkenalkan mod Party Battle yang mana ia memfokuskan bentuk pertempuran secara koperasi sehingga 3 pemain akan bekerjasama untuk bertempur dengan ketua musuh yang kuat.

Tambahan juga, Bandai Namco juga akan mengemaskini keseimbangan permainan dan watak permainan. Bagi senarai penuh kemaskini tersebut, anda boleh membacanya di sini.

Dragon Ball FighterZ merupakan permainan perlawanan berdasarkan siri anime terkenal Dragon Ball Z. Ia dilancarkan pada Januari lepas di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC. Bagi anda yang berminat untuk mengetahui informasi lanjut dan juga ulasan penuh permainan tersebut, anda boleh melayari artikel ini untuk membacanya.


TIPS & ULASAN