Informasi Permainan Video Terkini
Natsume Berkongsi Trailer Terbaru Harvest Moon: Light Of Hope Special Edition – Bakal Tiba 29 Mei Ini

Natsume Berkongsi Trailer Terbaru Harvest Moon: Light Of Hope Special Edition – Bakal Tiba 29 Mei Ini

Diterbitkan pada Mei 8, 2018 oleh .

Natsume sebelum ini sering berkongsi pelbagai perkembangan berkenaan permainan seterusnya Harvest Moon, iaitu Harvest Moon: Light Of Hope Special Edition.

Melalui trailer tersebut, Natsume memaparkan sebilangan bentuk permainan bersama adegan-adegan dialog yang pemain boleh lakukan bersama penduduk-penduduk perkampung tersebut.

Selain daripada itu, Natsume juga berkongsi sebilangan DLC dan pas musim yang bakal tiba buat permainan tersebut dimana pemain boleh dapatkannya secara bersama melalui pembelian permainan secara digital ataupun mendapatkannya secara berasingan dengan harga $9.99(~RM40).

Berikut adalah antara DLC yang bakal tiba buat permainan tersebut:

  • Pek Naik-Taraf Perhiasan Dan Kelengkapan – $1.99(~Rm8) :

Pek ini akan membenarkan pemain untuk mengubah-suai kebun pemain dengan 7 jenis perhiasan pagar dan 2 patung. Pemain juga berpeluang untuk menaik-taraf cangkul dan bekas siraman secara dua peringkat.

  • Watak Baru Yang Boleh Dikahwini – $5.99(~Rm24) :

DLC ini akan menyertakan dua watak baru yang mana pemain berupaya untuk mengahwini watak terebut iaitu Shirlock serangan wartawan dna Michelle.

  • Episod Istimewa Doc dan Melanie – $5.99(~Rm24) :

DLC ini akan menyertakan penceritaan baru yang mana juga akan menyah-kunci kedai baru buat pemain.

  • Pek Watak Divine Yang Boleh Dikahwini – $3.99(~Rm16) :

DLC ini pula akan membenarkan pemain untuk mengahwini watak dewi yang terdapat di dalam permainan tersebut

Harvest Moon: Light Of Hope sudah dilancarkan di PC tahun lepas dan pemain boleh mendapatkannya di melalui Steam dengan harga RM51. Bagi edisi konsol, Natsume akan melancarkan edisi istimewa yang bakal menyertakan sebilangan kandungan pada 29 Mei ini buat konsol Playstation 4 dan Switch.