Informasi Permainan Video Terkini
Fortnite Menawarkan Mod Permainan Khusus Bersempena Watak Thanos Untuk Tempoh Terhad
PC

Fortnite Menawarkan Mod Permainan Khusus Bersempena Watak Thanos Untuk Tempoh Terhad

Diterbitkan pada Mei 7, 2018 oleh .

Fortnite merupakan salah satu permainan popular pada masa kini, dimana ia menawarkan bentuk permainan Battle Royale, dan menariknya permainan berkenaan ditawarkan secara percuma untuk semua platform.

Terkini, dalam menjadikan permainan mereka lebih menarik lagi, Epic Games mengumumkan yang mana mereka akan mengadakan permainan edisi terhad yang turut membawakan watak Thanos daripada filem Avengers : Infinity War.

Fortnite Thanos

Melalui mod permainan edisi terhad ini, pemain Fortnite akan memulakan permainan Battle Royale seperti biasa, tetapi boleh mengumpul Infinity Stones yang bertaburan pada peta permainan. Sebaik sahaja mengumpulkan kesemuanya, pemain akan berubah kepada watak Thanos, dan menerima kuasa tambahan.

Fortnite memanggil mod permainan ini sebagai Infinity Gauntlet Limited Time Mashup. Ia akan ditawarkan kepada semua bermula esok secara percuma.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh memuat-turun permainan Fortnite Battle Royale ini hari ini, dan bersedia untuknya.


TIPS & ULASAN