Informasi Permainan Video Terkini
(Ura-Ura) Permainan Dunia Terbuka Superman Sedang Dibangunkan Oleh Rocksteady Studios

(Ura-Ura) Permainan Dunia Terbuka Superman Sedang Dibangunkan Oleh Rocksteady Studios

Diterbitkan pada Mei 7, 2018 oleh .

Bagi anda yang mengikuti siri permainan Batman Arkham, anda pasti mengetahui berkenaan pembangun permainan tersebut iaitu Rocksteady Studios, yang mana mereka bertanggungjawab terhadap permainan Batman Arkham Asylum, Arkham City dan Arkham Knight. Namun kini, terdapat ura-ura berkenaan permainan seterusnya yang dibangunkan oleh mereka merupakan permainan adiwira Superman.

 

Ura-ura ini bermula di 4Chan yang mana juga mungkin adalah tidak benar. Namun, menurut ura-ura tersebut, permainan tersebut akan diumumkan secara rasmi pada acara E3 tahun ini yang bakal berlangsung Jun ini di Amerika Syarikat.

Menariknya juga, melalui ura-ura tersebut. Terdapat sebilangan informasi tambahan antaranya ianya akan bertempatkan di dunia terbuka kawasan Metropolis dan akan bersaiz tiga kali ganda lebih besar dari permainan Arkham Knight. Penceritaan permainan juga akan memfokuskan Brainiac sebagai musuh utama permainan dan ia akan bertempatkan di alam yang sama dengan permainan siri Batman Arkham.

Dari segi bentuk permainan, pemain juga berpeluang untuk merosakkan persekitaran dan bentuk pertempuran akan diintergrasikan dengan sistem penerbangan Supermana dimana pemain berupaya untuk menyerang terus musuh sambil terbang.

Walaubagaimana pun, ini sememangnya hanyalah ura-ura sahaja dan pihak Rocksteady Studios mahupun Warner Bros. Entertainment tidak mengumumkan sebarang pengumuman rasmi. Namun, memandangkan buat masa sekarang Rocksteady Studious tidak berkongsi permainan seterusnya oleh mereka malah Rocksteady juga sering memperacahkan kewujudan watak Superman ketika permainan Batman Arkham Knight, ini juga mungkin ura-ura yang betul. Apakah pendapat anda berkenaan permainan Superman yang dibangunkan oleh Rocksteady Studios?