Pada April lepas, D-Pad Studio akhirnya melancarkan permainan Owlboy buat konsol Playstation 4 dan Xbox One secara digital. Mereka juga mengumumkan versi fizikal permainan tersebut akan dilancarkan 29 Mei ini.
Namun, kini D-Pad Studio bersama Soedesco mengumumkan edisi terhad bagi permainan tersebut yang mana ia bakal tiba pada 13 Julai ini dan ia terhad kepada 6000 unit sahaja seluruh dunia.
Melalui edisi terhad permainan Owlboy tersebut, mereka akan melancarkan dua versi iaitu versi Playstation 4 dan versi Switch yang mana ia kan menyertakan pelbagai kandungan. Berikut adalah kandungan yang akan disertakan:
-
- Permainan Owlboy
- Sijil khas bernombor buat edisi terhad permainan
- Cakera khas muzik latar
- Buku nota Owlboy
- Buku panduan Owlboy
- Dua Pin permainan Owlboy (Logo permainan dan Watak Otus)
- Dua syiling besi khas “Buccanary Coin” dari permainan Owlboy
- Kotak pin untuk penyimpanan Pin dan syiling
- Pelekat khas Owlboy
Owlboy adalah permainan pengembaraan platformer yang memfokuskan watak Otus dimana beliau adalah seorang yang bisu, mengembara di dunia Owl-hood. Sepanjang pengembaran tersebut, pemain bakal bertempur dengan pelbagai musuh. Ia kini boleh dimainkan di PC, Playstation 4, Xbox One dan Switch melalui versi digital. Bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya edisi terhad permainan tersebut, anda boleh membuat pra-tempahan buat pengedar rasmi permainan tersebut.