Dontnod Entertainment hari ini berkongis trailer terbaru buat permainan akan datang, Vampyr yang mana mereka berkongsi sebilangan bentuk permainan, termasuklah bentuk pertempuran.
Vampyr adalah permainan aksi RPG yang meletakkan pemain di kawasan kota London dimana penceritaan permainan tersebut akan memfokuskan watak Jonathan Reid, iaitu seorang doktor yang bertukar menjadi pontianak.
Melalui video di atas, pemain tampaknya akan mengisap darah-darah orang awam untuk mendapat nilai XP yang akan digunakan oleh pemain untuk meningkat dan mempelajari kemahiran baru. Menariknya, setiap pilihan pemain juga akan memberi impak terhadap kawasan-kawasan permainan tersebut dimana pemain perlu mimilih sama ada untuk membunuh orang awam dan menghisap darah mereka ataupun tidak.
Permainan tersebut juga mempunyai pelbagai jenis musuh yang pemain bakal tempuhi bersama pelbagai jenis kemahiran yang berbeza untuk pemain bertempur dengan musuh. Antara kemahiran yang pemain boleh lakukan seperti kemahiran pertempuran jarak dekat ataupun serangan Bloodspear yang membolehkan pemain membuat serangan jarak jauh.
Vampyr merupakan permainan aksi RPG dan ia akan dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC bermula 5 Jun ini.