Informasi Permainan Video Terkini
Square-Enix Berkongsi Bentuk Permainan Terbaru Dragon Quest XI: Echoes of an Elusive Age Versi Global

Square-Enix Berkongsi Bentuk Permainan Terbaru Dragon Quest XI: Echoes of an Elusive Age Versi Global

Diterbitkan pada Mei 4, 2018 oleh .

Melalui saluran rasmi Youtube Playstation, Square-Enix dan Sony berkongsi bentuk permainan terbaru buat Dragon Quest XI: Echoes of an Elusive Age versi global yang mana mereka mempertontonkan bentuk pertempuran dan suara latar bahasa Inggeris.

Video berdurasi 17 minit tersebut memaparkan sebilangan bahagian awal permainan tersebut dimana watak utama protagonis permainan tersebut mengembara di kawasan terbiar bawah tanah dan bertempur ketua musuh kawasan tersebut. Sebelum ini juga, pencipta siri permainan tersebut juga berkongsi kenapa permainan ini tidak akan mengandungi sebarang DLC pernambahan.

Dragon Quest XI: Echoes of an Elusive Age merupakan permainan JRPG oleh Square-Enix yang mana ia akan dilancarkan pada 4 September ini secara esklusif di konsol Playstation 4. Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan ini, ia kini boleh dipra-tempah oleh pengedar rasmi permainan tersebut bermula dengan harga RM199.


TIPS & ULASAN