Arc System Works hari ini mengumumkan tarikh bagi beta terbuka dan demo buat permainan perlawanan akan datang, BlazBlue: Cross Tag Battle khas buat pemain di Playstation 4. Manakala beta terbuka buat pemain Switch akan diumumkan kemudian.

Beta terbuka permainan tersebut akan bermula pada 12 sehingga 14 Mei ini di konsol tersebut dimana pemain berupaya untuk mengguna 20 watak permainan dari siri BlazBlue, Persona, UNIEL, dan RWBY. Menariknya juga, pemain juga berupaya untuk mencuba mod Casual Lobby, Tactis Mode dan VS Mode bersama CPU.

Bagi mereka yang membuat pra-tempahan permainan tersebut secara digital di PSN Store, Arc System Works akan memberi akses awal beta terbuka iaitu pada 9 sehingga 12 Mei. Mereka juga akan menyertakan keupayaan untuk bertempur dengan pemain kedua melalui akses awal beta tersebut bersama kesemua mod-mod seperti beta terbuka diatas.

Tambahan juga, setelah berakhirnya beta terbuka permainan tersebut, Arc System Works akan melancarkan demo luar-talian permainan tersebut secara percuma untuk semua pemain Playstation 4. Namun, bagi mereka yang tidak membuat pra-tempahan, mereka hanya berupaya untuk menggunakan 4 watak sahaja. Tetapi bagi mereka yang membuat pra-tempahan, demo tersebut akan membenarkan pemain untuk mencuba kesemua 20 watak permainan, termasuklah mod pertempuran bersama pemain kedua.

BlazBlue Cross Tag Battle merupakan permainan yang dibangunkan oleh Arc System Works. Ia merupakan permainan perlawanan yang memcampurkan beberapa francais, seperti BlazBlue, Under Night In-Birth, Persona 4 Arena dan RWBY. Menurut Arc System Works, ia bakal tiba pada 31 Mei ini di konsol Playstation 4, Switch dan PC.

Sohor Kini