Ubisoft hari ini mengumumkan bahawa permainan For Honor boleh dimainkan secara percuma bermula hari ini sehingga 6 Mei. Sesi percubaan tersebut akan berlangsung di Playstation 4, Xbox One dan PC dimana pemain berupaya untuk bermain kesemua mod permainan termasuklah mod multi-pemain, mod penceritaan solo bersama 12 watak asal permainan tersebut.

Menariknya juga, baru-baru ini Ubisoft juga menyertakan kemaskini mod latihan terbaru permainan tersebut yang mana anda juga berupaya untuk mencubanya secara bersama.

Tambahan juga, bagi mereka yang sudah mempunyai permainan tersebut, Ubisoft mengadakan sistem ganjaran Warrior Training Program yang mana mereka akan memberi ganjaran buat pemain asal yang bermain bersama pemain yang mencuba permainan tersebut ketika sesi percubaan ini. Bagi mereka melengkapkan lima pemain secara bersama, mereka akan memperoleh ganjaran status Champion dan pada masa yang sama menyertakan peningkatan XP bersama barangan tambahan setiap sesi permainan.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba permainan ini, anda boleh mencubanya bermula hari ini secara percuma dan bersempena dengan sesi percubaan tersebut, Ubisoft juga mengadakan jualan promosi khas sebanyak 75% diskaun buat permainan tersebut melalui kedai atas-talian mengikut platform sehingga 15 Mei ini.

Sohor Kini