Informasi Permainan Video Terkini
Yonder: The Cloud Catcher Chronicles Bakal Tiba Di Nintendo Switch Bulan Ini

Yonder: The Cloud Catcher Chronicles Bakal Tiba Di Nintendo Switch Bulan Ini

Diterbitkan pada Mei 3, 2018 oleh .

Prideful Sloth hari ini mengumumkan bahawa permainan Yonder: The Cloud Cather Chronicles akan dilancarkan buat konsol Nintendo Switch bermula 17 Mei ini. Permainan aksi pengembaraan tersebut sebelum ini dilancarkan di konsol Playstation 4 dan PC pada tahun lepas

Yonder: The Cloud Catcher Chronicles meletakkan pemain mengembara di pulau Gemea dimana pemain berupaya untuk memilih watak sebagai seorang lelaki ataupun perempuan. Pada permulaan penceritaan permainan ini, pemain akan terdampar di pulau Gemea tersebut dimana pemain perlu meneruskan hidup dan pada masa yang sama pemain perlu berkebun, memasak untuk memulihkan keadaan pulau tersebut.

Tambahan juga bersempena dengan pelancaran ini, Prideful Sloth juga menyertakan mod foto khas buat permainan tersebut yang mana ia membenarkan pemain untuk mengambil pelbagai bentuk foto.

Yonder: The Cloud Catcher Chronicles akan dilancarkan secara digital melalui Nintendo eShop dengan harga $29.99(~RM119) manakala versi fizikal pula akan dijual bermula 12 Jun kelak.